Thursday 22 September 2011

Projek Ramadhan 1432H

Sepanjang ramadhan yang lalu, ada rakan-rakan yang menjemput kami untuk berpuka puasa bersama-sama di rumah mereka. Terima kasih di atas jemputan tersebut dan semoga Allah memurahkan rezeki kalian dan mempermudahkan segala urusan kalian di dunia dan di akhirat. Kami juga teringin untuk menjemput rakan-rakan berpuka puasa bersama-sama di rumah namun memandangkan keadaan diri yang tidak berapa kuat dan cergas di bulan ramadhan yang lalu, kami tidak dapat berbuat demikian. Namun kami suami isteri mencari alternatif yang lain iaitu dengan memasak juadah berbuka puasa yang banyak dan diagih-agihkan kepada rakan-rakan sekeliling. Juadah yang sempat di masak oleh Ummi ialah pasembor a.k.a rojak mee :)

Pasembor / rojak mee Nottingham :)

Alangkah indahnya hidup jika dapat memberi kerana Yang Maha Esa, alhamdulillah :)

2 comments:

Nurul said...

sedapnya ana...kat sini lak tak ramai malaysian..area nurul mmg xde langsung..if nk jumpa malaysian plg dekat naik tren 40 minit...dlm gmbr tu la seme students malaysian sini..cuma ada dlm 2 famili mcm tu xde masa tu..yg keje ada tp xramai la.

Nihlah Insyirah said...

ok gak tu kak, boleh kenal dan rapat dengan semua malaysians. ana kat sini ada yang tak berapa nak kenal sebab ramai sangat, hehehe:)