Catatan lepas masa Ahmad Mujahid 8 bulan, ada menyatakan habit Ahmad yang suka menepuk-nepuk kedua belah tangannya seperti aksi nak buka langkah silat (ye ke?). Lebih-lebih lagi jika dia berlawan dengan si Ayah yang meniru aksi tangannya itu. Namun kini habitnya ini sudah berkurangan. Di bawah ini ada video yang merakamkan aksi tangannya itu ketika usianya 8 bulan lebih namun kali ini Ahmad tidak begitu fokus seperti sebelumnya. Sekarang ini sudah jarang-jarang dapat melihat aksi tangannya ini kerana habitnya sekarang menghisap ibujari kaki dan jelir lidah pula, huhuhu :D
Kalau dulu,lagi pantas aksi tangannya ini dan sangat fokus. Kini Ahmad buat santai-santai sahaja sekadar mengisi masa lapangnya bermain sendirian :)
3 comments:
alahai cute nyer Ahmad
kalau dah suka hisap ibu jari kaki... ummi kena becareful la... orang tua-tua kata... nk dapat adik lg.. hihihihi.....
kak Tie:Iman dah boleh buat apa sekarang?
Farah: tulah berdebar gak farah bila nengok dia sedap nyonyot ibu jari kaki. tambah tak period2. tp ni pakai implant :D
Post a Comment